Assalamualaikum…Blog ini ada memaparkan pelbagai gambar hasil seni tangan/tulisan yang tulen.. Hasil seni tangan ini boleh dijadikan sebagai hiasan dan juga kegunaan harian.. Bagi penggemar buku, terdapat banyak penanda buku telah disediakan..Untuk pertanyaan/ keterangan lanjut berkenaan hasil seni yang kreatif, sila hubungi En. Abdul Aziz di alamat email “kelanasebatangkara@gmail.com” atau “azz.azzimage5800@gmail.com

Kepada tuan/puan,sahabat,rakan dan teman yang mempunyai idea baru harap dapat berkongsi untuk memperbaiki idea yang sedia ada.

Perkhidmatan jurugambar juga disediakan untuk pelbagai majlis-majlis rasmi atau persendirian.

Dipaparkan bersama foto foto dan image permandangan alam semula jadi dan ciptaan Tuhan.

“setiap image telah dirakam secara peribadi”


Sunday, 7 September 2014

jangan menderhaka

Bukan ku pilih untuk dehaka

bila mak kata dia teringat; kita jawab kita sibuk sangat...
bila ayah kata dia rindu; kita jawab nantilah hujung minggu...
bila mak minta kita pulang; kita jawab kita belum lapang...
bila ayah minta kita singgah; kita jawab kerja kita belum sudah...
bila hati kita terguris; kita kata..'mak memang tak faham'...
bila hati kita terhiris; kita kata..'ayah memang tak ambil kisah'...

Tetapi..

bila hati mak kita guris; mak kata..'tak apa, dia masih muda'...
bila hati ayah kita hiris; ayah kata..'tak apa, belum sampai akal nya'...
bila kita menangis tanda lapar; mak berlari hingga bagai hilang kaki...
bila kita merintih tanda derita; ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...
bila kita sedih kerana gagal; mak setia membekal cekal...
bila kita pilu kerana kecewa; ayah teguh berkata dia tetap bangga...











kasih di sayangi selalu
bahasa diucap ada kala berbisa
janji di lafaz tidak semua dikota
tugasan di laksana ada yang tidak sempurna
dalam pergaulan ada yang terguris jiwa...
dalam bersenda loka ada yang buruk sangka
dalam kenangan ada yang di lupa
andai hari ini terlalu gembira..
sedarkan lah aku dengan amaran amaran Allah 
andai bersedih tanpa kata, pujuk lah
dengan tarbiah Pencipta
andai lemah dan tidak berdaya
ingatkan lah kehebatan syurga
andai ada antara kita tembok memisahkan,
ajaklah kita meleraikan segera
andai pernah hati terluka
luahkan lah agar kami berubah
andai esok lena tanpa terjaga
iringilah lena ini dengan laungan doa dan alfatiha...
berjanjilah rakan rakanku sekelian...
ukhwah kita untuk selama-lama nya
............

No comments:

Post a Comment