Assalamualaikum…Blog ini ada memaparkan pelbagai gambar hasil seni tangan/tulisan yang tulen.. Hasil seni tangan ini boleh dijadikan sebagai hiasan dan juga kegunaan harian.. Bagi penggemar buku, terdapat banyak penanda buku telah disediakan..Untuk pertanyaan/ keterangan lanjut berkenaan hasil seni yang kreatif, sila hubungi En. Abdul Aziz di alamat email “kelanasebatangkara@gmail.com” atau “azz.azzimage5800@gmail.com

Kepada tuan/puan,sahabat,rakan dan teman yang mempunyai idea baru harap dapat berkongsi untuk memperbaiki idea yang sedia ada.

Perkhidmatan jurugambar juga disediakan untuk pelbagai majlis-majlis rasmi atau persendirian.

Dipaparkan bersama foto foto dan image permandangan alam semula jadi dan ciptaan Tuhan.

“setiap image telah dirakam secara peribadi”


Sunday 7 September 2014

amarah

amarah

apabila orang lain tersilap, marah kita meluap-luap...
apabila orang lain tersalah, marah kita bagai bara disimbah...
apabila orang lain tersadung, marah kita mula bersabung...
apabila orang lain tersungkur, marah kita tidak terukur...
semuanya kerana marah...
apa kita lupa atau mungkin alpa...
bagaimana seandainya...
bila kita tersilap; Allah yang marah...
bila kita tersalah; Allah yang marah...
bila kita tersadung; Allah yang marah...
bila kita tersungkur; Allah yang marah...

dimanakah bumi hendak dipijak...
kemanakah langit hendak dijunjung...
























cinta suatu anugerah
terima kasih Tuhan atas cinta ini
terima kasih Tuhan atas rasa ini
terima kasih Tuhan atas rasa rindu ini
terima kasih Tuhan kerana menciptakan cintanya
untuk ku...
terima kasih Tuhan kerana membibitkan cinta ku untuk nya...
terma kasih Tuhan atas pertemuan itu...
syukurku atas anugerah ini...

No comments:

Post a Comment