Assalamualaikum…Blog ini ada memaparkan pelbagai gambar hasil seni tangan/tulisan yang tulen.. Hasil seni tangan ini boleh dijadikan sebagai hiasan dan juga kegunaan harian.. Bagi penggemar buku, terdapat banyak penanda buku telah disediakan..Untuk pertanyaan/ keterangan lanjut berkenaan hasil seni yang kreatif, sila hubungi En. Abdul Aziz di alamat email “kelanasebatangkara@gmail.com” atau “azz.azzimage5800@gmail.com

Kepada tuan/puan,sahabat,rakan dan teman yang mempunyai idea baru harap dapat berkongsi untuk memperbaiki idea yang sedia ada.

Perkhidmatan jurugambar juga disediakan untuk pelbagai majlis-majlis rasmi atau persendirian.

Dipaparkan bersama foto foto dan image permandangan alam semula jadi dan ciptaan Tuhan.

“setiap image telah dirakam secara peribadi”


Sunday 17 March 2013

Kebebasan Abadi






kebebasan peribadi adalah syarat
yang terpenting bagi kebebasan dan
kebahagiaan manusia... (Hendry Bulwer)





tidak ada seseorang pun yang
menyukai belenggu,
meskipun diperbuat daripada emas...





kebebasan bererti tanggungjawab,
kerana itu banyak orang
yang rasa ketakutan...(Bernard Shaw)


bicara sendirian...
Disuatu sudut penjuru ini...
aku duduk bersendirian...
seharian masa kuhabiskan...
hanya sekadar untuk merenungi...
cermin usia yang setia menemaniku...
merenung hari-hari yang telah berlalu...
saban hari aku berusaha...
untuk menjadi seseorang...
insan yang kenal erti redho...
menerima segala yang berlaku,
dengan hati yang terbuka...
dalam meniti hari-hari mendatang...
adakalanya keberanian diri ini direntap...
oleh ketakutan yang mendatang...
apabila memikirkan amal ibadat sendiri..
cukup lah dengan apa yang ada...
untuk dijadikan bekalan diri...
dalam menempuhi dunia  satu lagi...
entahlah...
hanya ungkapan itu mampu diluahkan...
kerana aku sendiri tidak pasti...
apa yang bakal terjadi dimasa hadapan...
adakah aku terus-terusan begini...
atau berubah secara mendadak?...
aku tiada jawapannya...
hanya Tuhan yang Maha Mengetahui...

No comments:

Post a Comment